Siaran Akhbar dan Foto : Kedutaan Republik Islam Iran di Negara Brunei Darussalam
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 5 Mac. - Berikutan kesyahidan Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam, Al-Marhum Ayatollah Sayyed Ali Khamenei, akibat serangan jenayah yang dilakukan oleh Amerika Syarikat (AS) dan rejim Zionis di kediamannya pada pagi Sabtu, 28 Februari 2026, bersamaan 10 Ramadan 1447, sebuah buku takziah telah dibuka di Kedutaan Republik Islam Iran di Negara Brunei Darussalam (NBD).
Buku takziah berkenaan telah dibuka pada Khamis, 5 Mac 2026, dan akan terus dibuka pada Jumaat, 6 Mac 2026, dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan 2.00 petang hingga 4.00 petang.
Pegawai-pegawai kanan NBD, orang awam, serta ketua-ketua kor diplomatik di negara ini telah hadir ke kedutaan untuk menandatangani buku takziah dan menyampaikan ucapan simpati mereka.
Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, telah menandatangani buku ucapan takziah berkenan bagi pihak Kerajaan NBD.
Semasa majlis berkenaan, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Islam Iran ke NBD, Tuan Yang Terutama Mohammad Taghi Rajabi, telah bertemu dengan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan menjelaskan mengenai perkembangan terkini di rantau berkenaan.
Tuan Yang Terutama turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan NBD kerana mengutuk serangan terhadap Republik Islam Iran serta atas solidariti yang ditunjukkannya dalam tempoh yang sukar berkenaan.